INFORMASI

Assalamu'alaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas sokongan serta penyertaan para peserta didalam acara 'Kayuhan Kuale 2011' yang lalu.

2. Diatas permintaan ramai termasuk banyak panggilan yang diterima serta permintaan daripada para pengusaha kedai makan, kraftangan, chalet, homestay, hotel dan lain-lainnya maka pihak kami sedang ,mempertimbangkan untuk menganjurkan 'Kayuhan Kuale 2012' bagi tahun ini. Disamping program ini telah pun dijadual dan diterima oleh pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai aktiviti tahunan dan secara kebetulan pula tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak maka denga izin Allah s.w.t jua maka acara 'Kayuhan Kuale 2012' ini dicadang untuk diteruskan  dengan sokongan banyak pihak khususnya oleh pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan serta HR & Yang Event Management seperti di tahun lalu iaitu pada hari Ahad 4 November 2012. (Ingat OKTOBER/NOVEMBER ingat 'Kayuhan Kuale').

3. Bagi acara Kayuhan Kuale 2011 yang lalu pihak kami akui berlakunya beberapa kelemahan atau 'shortcomings' yang tidak dijangka. Ini berlaku diantaranya disebabkan sambutan/permintaan/penyertaan yang bagitu mendadak disaat-saat akhir (iaitu seramai 2,100.00 orang, walapun telah dimaklumkan tarikh tutup/jumlah penyertaan dihadkan sehingga seramai 1,500 orang peserta sahaja). Dengan pertambahan penyertaan seramai 600 orang segala keperluan serta kemudahan terpaksa ditambah/pinda maka sedikit sebanyak ia telah menjejaskan kelicinan perancangan acara tersebut. Walau apa pun yang telah berlaku pihak kami tidak terkecuali daripada menerima kritikan daripada pihak yang berpengalaman dalam perkara ini. Untuk makluman sememangnya pihak kami telah mengambil kira teguran-teguran dalam perkara ini dan ianya akan menjadi panduan didalam menganjurkan acara MTB Jamboree bagi tahun ini dan seterusnya untuk yang akan datang insyaAllah, terima kasih. Segala kelemahan yang telah berlaku amat dikesali yang tidak disengajakan dan diluar dugaan kam dan pihak kami memohon maaf kepada pihak-pihak yang terlibat.  

4. Seterusnya menyedari trek laluan adalah terhad disamping untuk menganjurkan acara jamboree ini dengan lebih sempurna lagi pihak kami telah merancang untuk menghadkan penyertaan bagi acara "Kayuhan Kuale 2012' kali ini untuk seramai 1,300 orang sahaja. Semoga cadangan kami ini dapat diterima dan diharap para peserta dapat menghormati tarikh tutup penyertaan serta dapat menggunakan borang penyertaan yang ditetapkan. Selain daripada itu pihak kami mohon kerjasama sepenuhnya supaya setiap peserta mula berkayuh ditempat permulaan. Amat dikesali terdapat pada hari acara 'Kayuhan Kuale 2011' begitu ramai yang sudah berada di kawasan bulatan jam (sebelum waktu Flag-off) dan juga ramai yang membuat U Turn sebelum Istana Iskandariah. Ini telah menjejaskan kelicinan dan nama baik jamboree ini. Jumlah peserta tidak menjadi masalah tetapi menghalang laluan menjadi punca kepada berlakunya huru hara yang diluar dugaan penganjur sendiri. Walau bagaimana pun seandainya kayuhan berjalan licin sekali pun namun adalah disedari ia tidak dapat juga menampung keluasan bukit yang terhad itu. Olih itu jumlah penyertaan seperti diatas akan digunakan seperti yang telah dirancangkan.(Ramai pulak yang mengata 'tak pe tak pe. Menyorong saje pun tak pe, nanti ade ruang kita kayuh le'. Nak tahu tanya lah mereka...... 5. Mengenai air di Check-check Point pula segala perkiraan telah dibuat dan arahan telah dibuat untuk menghantar bekalan yang secukupnya. Adalah menjadi tandatanya kami bagaimana ia boleh menjadi berkurangan seperti yang didakwa pihak tertentu. Air yang dibekalkan adalah produk hasil ciptaan negara Korea sebagai minuman bertenaga bernilai lebih daripada dua kali ganda daripada air yang biasa dibekalkan yang menghasilkan pengurangan dahaga (kekenyangan) untuk masa yang panjang. Difahamkan ramai menggunakannya untuk 'mandi'. Ini biasa berlaku didalam jambore sebegini. Sememangnya terdapat ramai juga mereka yang tidak berdaftar serta 'first time' peserta yang tidak berpengalaman yang hanya membawa satu botol air sahaja. Walau bagaimana bagi acara bagi tahun ini pihak kami akan pastikan tiada kekurangan air berlaku disamping akan memberi kemudahan takungan air sejuk untuk minuman dan mandian di satu Check Point yang dipilih insyaAllah.

/>